Dolfin dan Teknologi

 Sumber : Google

Allah kurniakan kebijaksanaan kepada manusia untuk menghasilkan reka cipta dan merintis teknologi serba canggih. Namun, tanpa kita sedari banyak inovasi rekaan manusia berjaya menghasilkan melalui kajian yang berpandukan kepada alam ciptaan Allah yang telah wujud berjuta-juta tahun dahulu.

Sebenarnya banyak rekaan di dunia ini yang dicipta berpandukan kepada kejadian ikan ini. Contohnya kapal terbang Concorde yang menjadi kebanggaan seluruh dunia sati ketika dulu. Walaupun kini penerbangannya sudah ditamatkan, tapi tahukan kamu kapal tebang ini direka berpandukan kepada dolfin? Dalam kajian yang dijalankan oleh sekumpulan jurutera, muncung dolfin yang berbentuk gelendong telah menjadi inspirasi kepada jurureka kapal terbang Concorde untuk mencipta bahagian hadapan kapal terbang itu. Ini kerana bentuk itu dapat mengurangkan geseran udara pada permukaan luar Corcorde. Sirip dolfin yang berfungsi sebagai 'enjin' di dalam air juga dijadikan contoh bagi motor Concorde yang diletakkan di bahagian belakang.

Sumber : Google

Selain itu, Saintis juga telah menemui faktor keajaiban lain di dalam dolfin yang membantu mereka meningkatkan kelajuan kapal selam sebanyak 250%. Melalui kajian, kulit dolfin terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu lapisan paling luar yang sangat nipis dan anjal, lapisan pertengahan yang terdiri daripada bahan berbentuk span dan lapisan paling dalam yang tebal dan terdiri daripada rerambut yang mudah regang. Tekanan mendadak yang memberi kesan ketika dolfin berenang diserap dan dipindahkan ke lapisan paling dalam. Ini membuatkan dolfin dapat berenang dengan lebih laju. Berpandukan kejadian ini, jurutera kapal selam telah berjaya merekabentuk sejenis baluran sintetik dengan cara yang serupa. Balutan yang terdiri daripada dua lapisan getah dan di pertengahannya adalah gelembung seperti sel kulit dolfin yang berjaya membantu meningkatkan kelajuan kapal selam.

 

0 comments:

Post a Comment