(Sebarkan) Berhati-hati Dengan Orang Ini!!



CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS!!!!!!

kenapa? 

kronologi cerita begini ( PERISTIWA BERLAKU DI HIGHWAY KESAS ) : 

1- saya memandu pulang dari KL ke Shah Alam melalui KESAS
2- seorang pamandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta ) 
3- india tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . saya pun cemas dibuatnya )
4- dia menyapa dan memperkenalkan dirinya Shamugan dari Honda Centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa ) 
5- dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya ) 

beberapa minit kemudian..

1- rakannya tiba ( imej dalam gmbr )
2- katanya calliper brake kena tukar
3- dia pergi ambil barang dan call tanya saya total harga RM 1580 
4- dlm keadaan cemas, sy konfirmkan saja 
5- call bapa saya, dan diminta supaya call produa
6- sy call perodua, perodua kata jangan buat apa2 pembaikan atau tiada guarantee lg nt. 
7- sy minta si india td cancel dan pulang balik barang yang diambil
8- india tersbut marah dan minta juga sy bayar harga barang
9- sy minta mereka pasang semula , then baru sy perasan yang brake sy da tiada
10- mereka kata barang ada di kedai ( yang dorg amek spare part td ) 
11- sy minta mereka pulang balik, then baru sy bayar harga barang yg diambil
12- mereka berlalu dan minta sy tunggu , tetapi hampir sejam tidak muncul
13- tow truck dari perodua sampai membantu
14- setelah diperiksa, katanya tayar sy disimbah asid. 

kereta di bawa ke Perodua Balakong , tetapi malang lagi kena tinggal kereta memandangkan stock calliper brake perodua tiada stock di seluruh malaysia kerana barang tersebut mmg susah rosak. 

taktik yang digunakan : 

- dia panggil kawan satu lg dtg, tp sy perlu menyamar kata sebagai jiran rumah memandangkan waktu bekerja, kononnya honda tak bagi keluar dan juga xbg tlg org tepi jalan

- bila peronda KESAS dtg, sy kena kata sy call pomen dan dia adalah pomen saya

- katanya tukar disitu juga dan kemudian amek resit dan klaim pada perodua tetapi pihak perodua pesan ( APA2 PEMBAIKPULIHAN DILUAR DARI PRODUA CENTER ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN PELANGGAN DAN WARRANTY TIDAK DAPAT DIGUNAKAN ) 


mereka ada 2 orang, 

1- yang tegur tayar sy problem nama yang diberitahu Shamugan
2- kwnnya yg dtg ttbe nama yang diberitahu, Ramesh

laporan polis telah di buat di balai polis balakong, cuma minta bantuan kepada anda semua untuk sebarkan imej ini supaya beliau dapat ditahan oleh pihak berkuasa supaya tidak terjadi kepada orang lain juga.. 

sebarkan........ * berlaku pada diri saya - ainuddin hata - harap jadi pengajaran pada saya dan tidak terkena pada yang lain....


_______________________________________________________________________________

Hari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.

Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya.

Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.

Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu...kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan...saya kata tak mengapa...(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta...dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan...tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan...saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.

Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku.

Dia pun jawab: " Aiya ini tak da hal punya". Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung " Saya punya customer ramai sudah kena ini macam", " Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. " Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab".

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA.