Cara Buka Akaun Paypal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Apa itu Paypal? PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima wang. PayPal banyak digunakan untuk urusan jualbeli dan dijamin selamat. 

Kelebuhan menggunakan PayPal
  • Cepat - Pembayaran dibuat serta merta
  • Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  • Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini. Ia juba boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  • Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya beberapa klik sahaja.
  • Dipercayai - Mengetuai dalam industri membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  • Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang. Dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Pertama sekali untuk membuka akaun PayPal , anda mesti mempunyai kad bank tapi tidak semua bank yang menerima Paypal.

Paypal juga turut menerima Mata Wang Ringgit Malaysia (MYR). Debit Card lebih selamat berbanding Card Credit.


CARA DAFTAR PAYPAL
1. Buka Link PayPal dan klik SIGN UP.

2. Create Your PayPal Account. Pilih di sebelah diri untuk Transfer dan Terima Wang / sebelah kanan untuk Bisnes seperti menjual secara Online (sesuai untuk yang ingin menjual). Jangan risau anda boleh upgrade akaun untuk Bisnes kemudian. 

3. Isi maklumat anda dengan lengkap.


4. Selepas itu anda akan di minta untuk mengisi bahagian VERIFIED/CONFIRM card bank seperti gambar dibawah. Isi betul-betul pada bahagian ni ye. Jangan buat silap. Masukkan No Card anda yang berada di depan card. Masukkan Expired Card dan masukkan nombor 3 digit di belakang card anda. Klik CONTINUE.


5. Pada langkah ini paypal akan potong duit kita RM10 dari akaun bank. Pastikan ada duit dalam akaun bank tu ye dan nombor kad yang dimasukkan adalah hak milik anda. Tetapi jangan risau. Selepas Card Bank anda telah di conform kan, PayPal akan mengambalikan RM10 ke dalam akaun Paypal anda semula.

6. Kebiasaannya untuk CONFIRM card bank tersebut mengambil masa selama 2-3 hari. Anda boleh menyemak terus ke dalam akaun bank Online anda. Kadang-kadang bank akan send 4 digit Code melalui SMS HPhone / email mengikut jenis bank.


7. Setelah dapat code "SALE PP-XXXX", masukkan code pada bahagian Confirm PayPal anda. Dan akaun anda telah Verified.

8. Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa menyemak email indox anda untuk mengetahui permintaan anda berjaya / tidak.


SELAMAT MENCUBA...