Hari Raya 2013 ~


Ahakxx~ Lewat btl upload gambar raya.. Orang lain raya pertama dah upload.. 

Raya pertama = Raya umah sedara2 jer~
Raya kedua = Raya kat kubur..ngeee~
Raya ketiga = Raya kampung my mom~

selebih nya duk umah jer laaa
Jom kita share gambar2 raya
____________________________________________________________
Ni gambar kat istana mahkota~

Posing dulu sblm masuk...






Haaa.. Makan jgn tak makan...


Bergambar sebelum balik...



Selesai sudah beraya... Lenkali datang lagi..

___________________________________________________________
Yang ni beraya kat Istana Negeri lak...






______________________________________________________________









Selamat Bertunang



Alhamdulillah selesai sudah majlis pertunangan adik lelaki ku pada 12 Ogos 2013, hari isnin...

Rombongan pihak lelaki

Belah perempuan

Belah Lelaki

Sarung Cincin

Makan-Makan
_______________________________________________________________

Yang ni gambar gedik-gedik santai selepas kekenyangan...hahahaha









Tak cukup 2 orang.. My hubby n My lil bro Al-Amin




(Sebarkan) Berhati-hati Dengan Orang Ini!!



CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS!!!!!!

kenapa? 

kronologi cerita begini ( PERISTIWA BERLAKU DI HIGHWAY KESAS ) : 

1- saya memandu pulang dari KL ke Shah Alam melalui KESAS
2- seorang pamandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta ) 
3- india tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . saya pun cemas dibuatnya )
4- dia menyapa dan memperkenalkan dirinya Shamugan dari Honda Centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa ) 
5- dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya ) 

beberapa minit kemudian..

1- rakannya tiba ( imej dalam gmbr )
2- katanya calliper brake kena tukar
3- dia pergi ambil barang dan call tanya saya total harga RM 1580 
4- dlm keadaan cemas, sy konfirmkan saja 
5- call bapa saya, dan diminta supaya call produa
6- sy call perodua, perodua kata jangan buat apa2 pembaikan atau tiada guarantee lg nt. 
7- sy minta si india td cancel dan pulang balik barang yang diambil
8- india tersbut marah dan minta juga sy bayar harga barang
9- sy minta mereka pasang semula , then baru sy perasan yang brake sy da tiada
10- mereka kata barang ada di kedai ( yang dorg amek spare part td ) 
11- sy minta mereka pulang balik, then baru sy bayar harga barang yg diambil
12- mereka berlalu dan minta sy tunggu , tetapi hampir sejam tidak muncul
13- tow truck dari perodua sampai membantu
14- setelah diperiksa, katanya tayar sy disimbah asid. 

kereta di bawa ke Perodua Balakong , tetapi malang lagi kena tinggal kereta memandangkan stock calliper brake perodua tiada stock di seluruh malaysia kerana barang tersebut mmg susah rosak. 

taktik yang digunakan : 

- dia panggil kawan satu lg dtg, tp sy perlu menyamar kata sebagai jiran rumah memandangkan waktu bekerja, kononnya honda tak bagi keluar dan juga xbg tlg org tepi jalan

- bila peronda KESAS dtg, sy kena kata sy call pomen dan dia adalah pomen saya

- katanya tukar disitu juga dan kemudian amek resit dan klaim pada perodua tetapi pihak perodua pesan ( APA2 PEMBAIKPULIHAN DILUAR DARI PRODUA CENTER ADALAH DIBAWAH TANGGUNGAN PELANGGAN DAN WARRANTY TIDAK DAPAT DIGUNAKAN ) 


mereka ada 2 orang, 

1- yang tegur tayar sy problem nama yang diberitahu Shamugan
2- kwnnya yg dtg ttbe nama yang diberitahu, Ramesh

laporan polis telah di buat di balai polis balakong, cuma minta bantuan kepada anda semua untuk sebarkan imej ini supaya beliau dapat ditahan oleh pihak berkuasa supaya tidak terjadi kepada orang lain juga.. 

sebarkan........ * berlaku pada diri saya - ainuddin hata - harap jadi pengajaran pada saya dan tidak terkena pada yang lain....


_______________________________________________________________________________

Hari itu 4hb June, nasib saya tak terjebak. Lebih kurang tengahari jam 12.30, saya memandu di hadapan Angkasapuri menghala ke Highway Seremban. Apabila dijalan lurus sebelum ke simpang Taman Seputih, seorang penunggang motosikal menunjuk sesuatu di tayar hadapan kiri saya.

Saya perlahankan kereta tapi tak berhenti. Penunggang tadi yang berada di hadapan saya melambai suruh saya berhenti. Saya rasa mungkin ini satu helah tapi dalam hati rasa was-was juga, mungkin betul. Tiba2 ada seorang lagi penunggang menunjuk tayar hadapan saya.

Saya kemudian berhentikan kereta di tepi jalan sebelum masuk ke simpang Taman Seputih. Penunggang yang pertama tadi datang ke arah saya dan bagitau yang tayar kereta saya berasap dan ada banyak minyak brek keluar.

Saya berat hati untuk keluar sebab mengesyaki sesuatu...kenapa penunggang itu beria-ia nak suruh saya berhenti.

Saya bagitau dia yang saya akan bergerak perlahan pergi ke bengkel kereta. Dia bagitau, kalau bergerak juga mungkin brek tak makan...saya kata tak mengapa...(Saya fikir, saya bukannya baru pandu kereta...dah berpuluh tahun, kalau brek tak makan...tariklah hand brek)..walaupun begitu saya rasa cuak juga, mungkin betul ada kerosakkan...saya pandu 60 ke 70 km saja. Lebihkurang 15 minit saya sampai di bengkel yang saya selalu baiki kereta saya. Saya turun dan tengok tayar kereta.

Memang betul minyak brek bertaburan di sport rim dan tayar. Saya panggil pomen dan bagitau dia apa yang berlaku.

Dia pun jawab: " Aiya ini tak da hal punya". Di ambil sebaldi air dan siram tayar kereta. Dia sambung " Saya punya customer ramai sudah kena ini macam", " Itu orang kata dia pomen dan akan buka you punya tayar dan brek, kemudian dia kata kena bayar RM1,000 untuk siap. " Itu orang banyak pandai, dia kasi spray itu minyak pada tayar kemudian dia kata tayar keluar asap sebab brek disc panas, kena minyak, mesti keluar asab".

Penunggang tersebut berbangsa India (bukan nak hina mereka pulak, ramai India yang baik) dan memang lagak macam pomen. Cuma saya terlupa nak catat nombor pendaftaran motosikal dia. Semoga pembaca semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa ini.

BAYANGKAN JIKA IA TERJADI PADA PARA WANITA DAN APA YANG BERLAKU KEMUDIANNYA.



CARA MENGESAN JIN DALAM BADAN



Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan. Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin.

Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita?

Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..

Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
Pejamkan mata dan hayati. Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai… Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.

Berjumpalah dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak menjadi lebih teruk.

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.

LA ILAHA ILLALLAH WAH DAHU LAA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHUL HAMDU, WA HUWA ALA KULLI SYAI'IN QADIR. (tidak ada sembahan kecuali Allah, Robb satu-satunya dan tiada sekutu bagi-Nya, hanya milik-Nya-lah segala puji, dan dia adalah maha berkuasa atas segala sesuatu)

Amalkan zikir di atas 100x tiap2 pagi & petang selama sebulan, insyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan jin pun akan beransur hilang.



Lutfi : Update (Sembur)

Sembur?? Agak-agak nye la kan..
Ape yg lutfi duk sembur ni??
Cuba teka??

Haaaaa?? xleh teka?? heheh.. Xpe2..
Jom pakat tgk ape dia buat...


Sebab ni la kepala umi dh nk botak...
Duk menyembur jer...


Sedap ~

Duk tengah lapar lapar ni....
Tetiba teringat ade keropok yg x dimkn lg..
Skali rasa, tudiaaaaaaaaaaaaa~
Sedap sangat...Mana la nk cari kat penang ni..



Lutfi : Update (Patah)

2 hari lepas, Lutfi patahkan side mirror walker dia..
Terkejut di buat nya..
Baru umur 6bln setgh tapi ..................................


Haaaaaaaaaaa... Tengok tu..
Kan dh patah.. :)
Kuat btl anak umi ni kan..
Lepas ni ape la yg kena dipatahkan lagi...



Biarlah Rahsia~

Hahh!! Ape yg rahsia sgt ni??hehehe

-



-




-



-



-



-



-




-




-





-





-





-





Ni diaaaaaa!!!




-





-





-






-






-






-







-








-







-








-








-






-







Sebenar nya xde pape pun rahsia..hehehhe
Cuma xde idea nk tulis ape.. heheh
Maklum la dh lama x update..
:)



Terkejut !!

Tiba-tiba terdengar suara jiran menjerit sambil menangis panggil anak dia..
'Adik !! Adik!! Adik !! Bangun..Adik !! Bangun!!'
Lepas tu di ikuti suara anak2 yg lain memanggil adik dia..

Aku ape lg, kalut la p tgk kenapa..
Almaklum la kan, jiran...
P tgk, Ya Allah, anak dia xbergerak..
Dia dukung anak dia yg umo 2 tahun tu..
Tepuk2 punggung..Xgerak gak..

Dengan kalut, panggil org sebelah org tnya sape boleh bawak
diorg p hospital..Tp xde sapa pun bleh..
Call hubby, hubby duk kedai beli brg..
Nk suruh balik cepat pun, maybe smpai umah dlm 15min..
Blurrrrr xtau nk bt ape..

P intai lg tgk budak tu..
Oh, bapak dia ada..
Semlm anak pmpuan dia cerita yg bapak dia jatuh bilik air..
Kaki seliuh..Dengan kaki mcm tu p hantar anak dia ngn moto..

Kesian tgk anak2 dia duk nangis2..
Aku p la kat umah dia tgk budak2 jap..
Lps tu, balik umah duk dpn pintu sembang ngn makcik sebelah..
Bla bla bla bla...(xyah tau la sembang ape..lupa dh  hahaha)

Terdengar lak suara budak2 tu duk menjerit..
Xtau la gaduh ke ape..Tiba2 budak pmpuan tu kuar duk dpn pintu pagar dia..
Aku pun panggil dia mai sini..Duk kat Umah ni sementara waktu..
Aku tnya la nape ngn adik.. Budak pmpuan tu cerita, 
tiba2 je adik dia jatuh..Lps tu mata jd naik ke atas..
Mata hitam duk belah tepi..Mulut berbuih..
Mcm bahaya je dgr..Takut lak

My hubby balik, dia beli laksa kat budak2 tu..
Budak2 tu mkn pun xhbs.. Pedassssss.. 
(Orang yg bt laksa ni xpkir ke klau budak2 nk mkn..hempuk baru tau..hehhe)
Dah siap mkn, suruh diorg balik umah solat..

Time kul 8mlm, suruh hubby p tgk budak2 tu kot2 bapak dia xbalik lg...
Dia p la tgk..Bapak dia dh ade kat umah tu.
Bapak budak tu ckp, suhu anak dia 39°C...

Ya Allah tinggi nya suruh..Takutttttttttttttt..
Skrg budak tu kena tahan kat wad..Takut jd semula..
Bahaya blh tarik smpai otak..


Alhamdulillah ...

Syukur ke hadrat ilahi kerana masih di panjang kan umo..
Hari ni 17/4/13 genap la usia ku 26 tahun..
Tua dah.. hahahahha

Tnx my Dear utk kek ni and kasih syg yg diberi selama bersama :)
Semoga kita sentiasa bersama hingga ke Jannah..

Utk my family,Semoga sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu ..
Ayah n Ummi - Semoga berbahagia selalu
Imran n Kirah - Semoga dilimpahkan rezeki n dapat baby nnti..
Faris - Alhamdulillah dh dapat keja..Harap keja yg ade skrg ni xmcm company
yang lepas tu.. Semoga terus success
Adilah - Semoga cepat nikah.. :) n dapat keja yg elok
Al-Amin - Semoga dapat menjadi seorang doktor dh hbs blajar nnti..
Doktor yg berkalibar dan berwibawa
Azri n Aida - Blajar sungguh2..biar dpt no 1 dlm kelas n dpt byk A

My MIL - Jaga kesihatan ye..Suruh balik pun xtau..heheh..
Kata nya, xbleh balik lg..Nk tanggung kak n Lini yg nk blajar.
Kak n Lini - Semoga menjadi anak yg baik..Ingt jasa mak yg sanggup berkorban :)

Utk my hubby - semoga bisnes kita bertambah maju dan bertambah keimanan
terhadapNya..
Lutfi - Haaaa..Jadi mcm Al-Amin ye.. 
Klau x jd mcm tu pun xpe.. Jd imam mekah..ehehhe (berangan aku nih)
Semoga menjadi anak yg soleh..

Utk Ummat Islam semua - semoga bertambah keimanan dlm mentaatiNya..


Jom Serbu~


Assalamualaikum kawan-kawan..

Jom serbu Penang Burger Bakar pada 17/4/13 sempena hari lahir saya yg ke-26..
Jangan lupa tau.. 

Terhad kepada 1 biji seorang sahaja :)


Selongkar ~

Aku pun xtau nk cite mcm mane.. :p
Time tu anak bangun nk nyusu dlm pukul 5.30 pagi..
Dah pukul 5.45 pagi, tiba2 ade dengar bunyi kereta berenti depan umah..
Lepas tu bunyi ting tang ting tang..Bunyi mcm tin-tin berselerak..
Aku ingtkan anjing yg sepah kan..
Aku pun ape lagi, intai la kat tingkap..Dan ternampak 1 lembaga..

Haaaa !! Lembaga tu manusia la..hehehe
Tengah selongkar tong sampah depan umah ni..
Kejutkan hubby bangun..then, dia blah..
Dia perasan la kot ade orang intai..heheh
Apa yang dia cari xtau la..
Yang pasti, bersepah sampah2 ngan tin dan segala sampah..


Xtau la kan manusia mana yang selongkar tu..
Yang aku nmpak, orang LAKI..

Oihh!! Ko xreti nk bt sendiri ke..
Smpai nk tiru org nih..
Samdul btl.. :p

Ape pun, kami xkisah..sbb rezeki Allah Taala yg bagi.. :)
Klau dia nk tiru pun, confirm xsama 100% ngn resepi burger bakar kitorang..
Smpai mcm tu skali nk tiru burger ni..
Lps tu siap p tnye kat kedai lg..
Daging ape yg kitorang guna..Bahan ape yg kitorang guna..

Sbb tu la aku ckp dia tu samdul..hahaha
Klau nk berjaya, buat la resepi sendiri..bukan nk CIPLAK orang lain..
Ni mesti time exam skolah dulu2 suka meniru..hahah

Dugaan Datang Lagi ...



Ya !! Kita selalu di uji oleh-Nya dalam ape jua keadaan sekalipun..
Allah s.w.t menguji hamba-Nya mengikut kemampuan..
-------------------------------------------------------------------------------------
Biasa la kan.. Orang bisnes ni mcm2 dugaan..
Dengan orang yg dengki la..
Dengan orang yg nk jatuhkan bisnes kita la..
Lps tu ckp buruk2 bisnes kita kat orang..
Mcm ni la manusia yg xbleh orang lain lebih dr dia sikit..


To my beloved, sabar ye..i know u r strong..
Mungkin ada yang lebih baik lg yg akan datang yg kita sendiri pun xtau..
Kot2 suatu hari nnti kita boleh buka kilang besar2 tuuuu..hehe (berangan jap)

Aku pun hairan la nape la ngn orang kita ni suka jatuh kan bangsa sendiri..
cuba tgk cina tu, saling tolong menolong bangsa diorg..
Sbb tu la diorg tu maju sgt..

Xpe la my beloved, Allah sentiasa bersama kita..
Yang penting, sentiasa bersabar, berdoa, berusaha dan tawakal..
InsyaAllah suatu hari nnti akan naik lg bisnes kita ni..

Haa !! Korang nk tau bisnes ape?? :)
Bisnes kecik2 je yg kitorang buat..
Iaitu bisnes burger bakar.. (Penang Burger Bakar)
Burger bakar ni homemade resepi..buatan kitorang sendiri..
Klau singgah kat Penang, mai la try Penang Burger Bakar.. :)
Boleh contact my husband tanye lokasi nya..
Rony - 017-400 1291
Saya xleh nk menyatakan tempat kat mana sbb kot2 ada tempat yg xbuka..

Yummyyy..so delicious..



Anak Ummi Ni kannn~~

Anak umi...Anak umi..
mcm ni la gaya nye selalu klau time tido.. 
umi ngn ayah ni tersempit mcmduk dlm tin sardin dah..
Xpe la..asalkan anak umi bahagia dan selesa..


Haaaa..mcm ni laa :)
2 tempat, sorg utk dia..

 Klau dh smpai gaya mcm ni...
Nampak nya ummi kena letak toto kat bawah..
Tido la sorg2 kat bawah yeee..wahahahha
Boleh ayah ngn umi tido luas2 lak..


Nak Luas-Luas!!

Ape yang nk luas-luas tu?? heheh
Ni haaa dia..nk luas-luas..


Haa!! best nye tido luas2..

Patut la time ummi mengandung kat kamu dulu, nk tido tempat luas je..
Rupa nya kamu yg nk tido luas-luas tu..
Sampai ayah tido tepi katil nk jatuh.. hehehe

Xpe la syg..Semoga kamu sihat selalu..
Sayang anak Ummi ni..